Bawa Pelanggan Anda ke Seminar Perdana XM di Kuala Lumpur

Disiarkn di 24/12/2018 10:47 GMT

Pada tahun 2019, kami terus menawarkan kepada pelabur atas talian peluang untuk menghadiri seminar forex percuma yang dianjurkan XM di seluruh Malaysia, memulakan tahun baru ini dengan seminar perdana eksklusif di Kuala Lumpur 16 Februari.

Rakan niaga kami dan pelanggan-pelanggan mereka mungkin berminat untuk menghadiri acara yang akan datang yang akan diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, di mana pembentangan bersama Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani akan menjanjikan sesuatu yang menarik kerana tujuannya untuk membantu tetamu acara dalam penggunaan gabungan beberapa analisis teknikal untuk hasil dagangan yang lebih berdaya maju.

Pelabur dalam talian yang ingin menyertai acara eksklusif ini bukan sahaja berpeluang untuk belajar daripada dua pengajar forex yang terkenal, dalam masa yang sama juga dapat bertemu dan berinteraksi dengan wakil syarikat kami di lokasi seminar.

Semasa penyampaian mereka, Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani akan meneroka beberapa strategi dagangan swing dan menunjukkan bagaimana ia boleh berjaya digabungkan ke dalam cara dagangan individu dengan menggunakan beberapa alat automatik Tradepedia seperti Indikator Avramis Swing dan Indikator Pertukaran Trend Avramis.

Untuk butiran lanjut tentang seminar dan menjemput pelanggan anda untuk mendaftar tempat duduk mereka, sila klik sini.