Kelebihan

Perolehi sehingga $10 per lot pada pelanggan yang anda rujuk

Di XM Trading, kami percaya anda perlu diberi ganjaran yang setimpal untuk usaha anda. Disebabkan itu program rakan niaga XMTrading menawarkan kadar komisen yang sangat kompetitif.

Kami membayar sehingga $10 per lot kepada mana-mana pelanggan yang anda perkenalkan kepada XM Trading.

Perolehi 10% tanpa had pada sub-rakan niaga anda

Sekiranya anda memperkenalkan rakan niaga lain kepada XM Trading, rakan niaga baru tersebut akan menjadi sub-rakan niaga anda secara automatik. Oleh itu, kami memberi anda ganjaran 10% komisen untuk semua pendapatan yang dihasilkan oleh sub-rakan niaga tersebut.

Malah tiada had pada komisen sub-rakan niaga. Oleh itu, lebih banyak sub-rakan niaga anda perolehi, lebih besar jumlah saham 10% yang anda akan turut perolehi.

Tiada had pada komisyen bagi setiap pelanggan

Program rakan niaga XMTrading menawarkan potensi pendapatan tanpa had di mana tiada sekatan dikenakan untuk jumlah yang anda boleh perolehi dari setiap pelanggan.

Selagi pelanggan anda terus berdagang, mereka akan menjana komisen untuk anda. Oleh kerana kami tidak mengenakan had, jumlah yang anda perolehi bergantung sepenuhnya kepada aktiviti perdagangan pelanggan-pelanggan anda.

Penukaran Berdaya Saing dan Pengekalan Pelanggan yang Tinggi

Program Rakan Niaga XMTrading menawarkan komisen yang kompetitif dan pengekalan pelanggan yang tinggi secara keseluruhan.

Malah, hakikat bahawa kami dapat mengekalkan rakan niaga dan pelanggan kami secara konsisten adalah salah satu daripada kekuatan terunggul kami.

Tiada had pada pendapatan mingguan

Untuk menyokong konsep kami bagi memberikan anda potensi pendapatan tanpa had, kami tidak meletakkan sekatan pada jumlah komisen yang boleh anda dapatkan pada setiap minggu.

Kami percaya bahawa rakan-rakan kami adalah layak sepenuhnya untuk amaun penuh komisen yang mereka telah usahakan, dan kami memastikan bahawa ia adalah apa yang sebenarnya mereka perolehi.

Bayaran tepat pada masanya

Bayaran tepat pada masanya untuk pendapatan anda adalah salah satu aspek terpenting dalam program rakan niaga XMTrading. Proses pengeluaran yang pantas secara umumnya merupakan salah satu aspek yang sangat kami utamakan.

Oleh itu kami memastikan bahawa komisen dibayar kepada anda tepat pada masanya, setiap masa, dan tanpa yuran tersembunyi atau caj.

Pengurus akaun peribadi dalam bahasa anda

Seluruh kakitangan perkhidmatan pelanggan kami terdiri daripada penutur asli 18 buah bahasa supaya anda dan pelanggan anda dapat menikmati keselesaan khidmat sokongan dalam bahasa anda sendiri.

Pengurus Akaun Peribadi khusus akan bekerjasama rapat dengan anda pada setiap langkah untuk memastikan anda mengambil kesempatan penuh daripada sumber-sumber yang kami sediakan bagi memaksimumkan potensi pendapatan anda.

Pertandingan eksklusif

Kami membangunkan dan menyediakan pelbagai pertandingan eksklusif dan berterusan terutamanya untuk rakan niaga kami.

Setiap peraduan direka khusus untuk memberikan insentif kepada pelanggan sama ada untuk membuka satu akaun di XM Trading atau meningkatkan aktiviti dagangan mereka. Kedua-dua ini akan membawa kepada pertambahan komisen untuk anda.

Promosi eksklusif dan hadiah lumayan

XM Trading menyediakan pelbagai promosi dan skim bonus secara berterusan untuk menarik pelanggan-pelanggan baru yang ingin membuka akaun dagangan. Semua ini boleh anda manfaatkan dan memacu bilangan penukaran pelanggan anda.

Pelbagai hadiah lumayan disediakan untuk anda dan pelanggan anda serta sebagai ganjaran tambahan untuk kesemua yang terlibat.

Sumber pendapatan tambahan

Semua inisiatif dan produk baru yang dilancarkan oleh XM Trading boleh digunakan untuk menambah sumber pendapatan anda.

Anda bebas untuk menggunakan mana-mana produk dan perkhidmatan kami bagi keuntungan anda.

Bahan ppromosi

Kami mempunyai pelbagai bahan promosi termasuk sepanduk, pautan pengesanan khusus, surat berita, halaman arahan, laman web, sijil dan cap.

Kami dengan mudah boleh menyesuaikan kesemua aspek penyelesaian rakan niaga kami untuk memenuhi keperluan individu anda, yang mana boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bahasa.

Laporan masa nyata

Kami menyediakan anda dengan akses statistik dan laporan secara langsung yang direka khusus untuk memberi anda maklumat yang diperlukan untuk membantu anda meningkatkan pendapatan dan memantau kesemua aspek prestasi yang anda lakukan.

Meninjau semula akaun anda, statistik penukaran, carta kempen, iklan berbayar terbaik, dan banyak lagi; semuanya dalam maklumat terperinci.

Keselamatan Dana Pelanggan

XM Trading sangat komited dalam menjaga keselamatan pelanggan dan keselamatan dana pelanggan melalui pelbagai lesen dan pendaftaran di bawah pengawal selia di seluruh dunia.

Kami menggalakkan persekitaran dagangan yang luas, adil dan beretika untuk kesemua rakan dan pelanggan. Ia dilindungi oleh rangka kerja pengawalseliaan serta ketelusan operasi yang menyeluruh.

Pemindahan antara ib dan akaun pelanggan

Dalam kepentingan menyediakan fleksibiliti penuh, kami membenarkan pemindahan dana antara kedua-dua akaun IB dan akaun dagangan pelanggan.

Pemindahan boleh dibuat dengan menggunakan kedua-dua kaedah dan tiada caj atau bayaran tersembunyi yang dikenakan untuk membuat pemindahan.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.