Siri Seminar Dagangan CFD di Amerika Latin Musim Panas Ini

Disiarkn di 02/05/2018 11:28 GMT

Sukacita dimaklumkan kepada rakan niaga dan introducer of business bahawa XM akan memulakan siri seminar untuk musim panas nanti di Colombia dan Mexico.

Bermula pada 2hb Jun, jelajah seminar intensif ini akan singgah ke 5 bandar berbeza di Amerika Latin (Bogotá, Medellín, Mexico City, Monterrey dan Guadalajara), di mana instruktor profesional Jarek Duque, Ketua Instruktor untuk Tradepedia Amerika Latin, akan hadir ke seminar bertajuk CFD Trading with the Moving Average Ribbon untuk menyampaikan ilmu kepada peserta yang hadir.

Ini adalah peluang yang baik buat rakan niaga dan IB untuk memaklumkan kepada pelanggan dan prospek mereka untuk hadir ke seminar ini dan belajar tentang pelaburan multi-aset yang boleh didagangkan dalam bentuk CFD. Mereka juga boleh memilih tarikh dan lokasi yang sesuai mengikut kehendak mereka.

Dagangan CFD bukan sahaja satu bentuk pelaburan yang popular tetapi telah wujud sejak sekian lama. Mereka yang hadir ke seminar ini berpeluang untuk mendapatkan pandangan tentang pasaran CFD global dan memahami sejauh mana keberkesanan teknik analisis teknikal dalam dagangan CFD saham, indeks, logam berharga dan tenaga .

Kami berharap untuk bertemu dengan rakan niaga dan pelanggan-pelanggan mereka di seminar yang akan diadakan di bandar-bandar terpilih dalam siri seminar ini nanti.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tempah tempat dengan segera untuk lokasi dan tarikh yang anda inginkan. Kami berharap untuk bertemu dengan anda tidak lama lagi.