Akan Datang: Seminar Dagangan Forex di Korat dan Chonburi

Disiarkn di 14/06/2018 09:01 GMT

Kami ingin memaklumkan rakan niaga dan introducer of business kami bahawa siri seminar dagangan forex XM akan berada di bandar Korat dan Chonburi, Thailand tidak lama lagi.

Acara pendidikan ini akan dilangsungkan di Korat pada 4hb Ogos dan seterusnya di Chonburi pada 18hb Ogos. Semua pelanggan baru dan sedia ada yang ingin meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka dijemput untuk mengikuti seminar percuma bertajuk The Avramis Trend Reversals and Breakouts.

Instruktor profesional dari Thai, Sompop Jittrakul akan memberi penjelasan terperinci mengenai penggunaan beberapa alat analisis teknikal dan menunjukkan langkah-langkah utama yang perlu dilakukan untuk membaca carta forex dan menggunakan indikator untuk mengukur kekuatan trend pasaran.

Seminar ini akan memberi fokus kepada penggunaan sebenar analisis teknikal dengan memberi tumpuan kepada indikator yang dibangunkan oleh akademi forex Tradepedia yang dapat membantu pelabur online menilai kekuatan trend dengan lebih tepat yang membolehkan mereka membuat keputusan dagangan yang lebih berkualiti.

Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran untuk seminar di Chonburi dan Korat, sila klik sini.