Sertai Seminar Percuma Kami di Malaysia

Disiarkn di 07/01/2020 10:30 GMT

Dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan siri seminar yang akan datang di beberapa bandar Malaysia bermula 29 Februari 2020 ini, di mana kami ingin menjemput para pelabur atas talian yang berminat untuk membangunkan kemahiran dagangan mereka dengan bantuan pendidikan profesional.

Sebagai permulaan, seminar XM yang bertajuk Berdagang dengan Indikator Avramis River akan menjangkau ke lima bandar di seluruh Malaysia (Kedah, Kuching, Penang, Johor Bahru, Miri), yang setiapnya kami berharap untuk memberikan tetamu acara kami dengan maklumat yang berguna mengenai teknik dan strategi dagangan yang digunakan dalam dagangan mata wang atau instrumen kewangan yang lain.

Seminar yang akan datang menampilkan salah satu indikator teknikal paling popular yang telah dibangunkan oleh Tradepedia, iaitu Avramis River, yang menggabungkan kecekapan beberapa indikator teknikal untuk mengukur ketidakstabilan dan kejelasan aliran pasaran serta mengenal pasti instrumen yang kukuh dalam aliran untuk melabur.

Dengan mudah untuk mengikuti garis panduan dan penjelasan yang berpusatkan pelajar, seminar kami dibuka secara percuma untuk pelabur atas talian yang baru dan berpengalaman yang ingin memperoleh pemahaman yang kukuh mengenai teknik dagangan dan pengurusan risiko.

Untuk membaca lebih lanjut dan bertemu dengan pihak XM di Malaysia, klik sini.