XM Akan Menjalankan Seminar Dagangan CFD di Peru

Disiarkn di 19/07/2018 12:50 GMT

Kami ingin memaklumkan rakan niaga kami tentang seminar pendidikan yang akan diadakan di Lima, Peru pada 15 September untuk topik mengenai teknik-teknik dagangan CFD.

Seminar yang akan berlangsung di Country Club Lima Hotel ini menawarkan maklumat-maklumat berguna tentang aspek penting dalam pelaburan instrumen kewangan yang didagangkan dalam bentuk kontrak perbezaan.

Bakal disampaikan oleh instruktor Tradepedia Jarek Duque, seminar ini akan menghuraikan tentang penggunaan analisis teknikal dalam dagangan CFD terutamanya bagaimana teknik Moving Average Ribbon boleh membantu pedagang dalam mengenalpasti trend semasa dan mengetahui bila trend mula bertukar arah.

Jarek Duque akan menunjukkan teori yang menggunakan contoh-contoh pasaran sebenar dan bagaimana teknik Moving Average Ribbon berfungsi apabila melakukan dagangan multi-aset di platform MT5 disamping menerapkan cara yang betul dalam menggunakan pengurusan risiko untuk meminimumkan risiko yang dihadapi.

Kami dengan ini menjemput semua pelabur online yang berminat untuk hadir ke seminar di Lima dan mendapatkan bimbingan dari profesional yang pastinya dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang seminar XM, sila klik sini.