Sertai Pendidikan XM di Thailand – Bawa Pelanggan Anda Bersama

Disiarkn di 19/12/2019 12:48 GMT

Lebih banyak seminar forex percuma yang akan diadakan di Thailand pada tahun 2020, dibuka dengan pendaftaran secara percuma kepada semula pelanggan baru dan sedia ada kami.

Kami sangat berbesar hati untuk memaklumkan kepada rakan niaga kami bahawa pada bulan Februari 2020, buat julung kalinya acara pendidikan forex XM akan membuka pintunya kepada pelabur atas talian yang bersedia untuk mempelajari, maju dan berjaya dalam pelaburan atas talian dengan bimbingan daripada pasukan pengajar forex profesional kami.

Siri seminar kami bertajuk Menggunakan Indikator Teknikal untuk Mengenal Pasti Peluang Dagangan akan disampaikan di enam bandar Thailand sebagai permulaan iaitu Bangkok, Korat, Surat Thani, Phitsanulok, Khon Kaen, Chiang Mai. Bagi semua yang berminat untuk meningkatkan kemahiran dagangan mereka, sukatan pelajaran seminar menawarkan aspek dari segi kesesuaian dan kecekapan indikator teknikal yang akan digunakan.

Bermula daripada asas bagaimana untuk menggunakan alat analisis teknikal dengan mudah hingga kepada aspek yang lebih kompleks tentang bagaimana untuk menggunakannya bersama, seminar kami bertujuan untuk membawakan forex lebih dekat kepada peserta seminar.

Sertai seminar kami di bandar pilihan anda, pelajari dan maju bersama kami! Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik sini.