Temui XM di Cairo Investment Expo Pada Bulan Oktober

Disiarkn di 20/09/2018 07:30 GMT

Sukacita dimaklumkan kepada rakan niaga bahawa XM akan berada di Cairo Investment Expo di Mesir pada 22-23 Oktober 2018, di mana kami berbesar hati untuk berhubung semula serta bertemu dengan pelanggan baru dan sedia ada.

XM akan hadir ke Cairo Investment Expo yang berprestij sebagai Penaja Berlian untuk siri acara selama 2 hari, bertujuan untuk mengumpulkan syarikat-syarikat forex dan komoditi dari Mesir dan luar negara, serta pelabur individu yang menghadiri acara tersebut untuk mendapat informasi lebih jelas tentang penyedia pelaburan atas talian dan mendapatkan gambaran mengenai produk dan perkhidmatan terkini.

Wakil syarikat kami akan mengalu-alukan sesiapa yang berminat dengan apa yang ditawarkan oleh XM kepada pedagang runcit, dan berharap untuk bertemu dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada di ruang pameran rasmi Syarikat di gerai bernombor A12-13-14-15. Selain itu, sebelum pameran kewangan berlangsung, kami akan menganjurkan seminar forex eksklusif secara percuma kepada pelanggan XM di Hilton Ramses Hotel pada 20 Oktober dan tenaga pengajar profesional, Habib Akiki akan mengupas tajuk The Avramis River and the Reversal Patterns.

Untuk maklumat lanjut tentang seminar dan menempah tempat duduk anda terlebih dahulu, sila klik sini.

Untuk penerangan terperinci mengenai Cairo Investment Expo klik sini dan jumpa kami di Kaherah pada 22-23 Oktober.