Temui XM di Pameran Dagangan ITForum Milan 2019

Disiarkn di 23/10/2019 07:59 GMT

27 November ini membawa satu lagi peristiwa penting yang bakal disertai XM iaitu pameran kewangan ITForum yang akan berlangsung di Milan, Itali.

Bagi semua yang gemarkan pelaburan atas talian dan yang paling penting mempunyai minat yang mendalam untuk bertemu XM secara peribadi, acara yang bakal berlangsung ini adalah peluang yang terbaik.

ITForum yang dianjurkan setiap tahun telah mempunyai reputasi yang besar selama bertahun-tahun. Oleh itu, untuk rakan niaga dan pelanggan kami dari Itali serta bagi semua yang ingin bertemu dengan wakil syarikat kami di premis tersebut, pameran selama satu hari ini mempunyai pelbagai perkara untuk ditawarkan.

Acara yang akan datang ini mungkin menjadi peluang terbaik anda untuk bertemu dengan kami untuk bertukar pendapat, mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami dan berkongsi keperluan pelaburan anda dengan kami. Kami dengan senang hati ingin berhubung semula dengan anda dan mengalu-alukan semua yang masih baru dengan XM di gerai rasmi pameran bernombor 1 di premis Palazzo Delle Stelline.

Kami berharap untuk berjumpa dengan anda di Milan pada 27 November. Untuk maklumat lanjut mengenai ITForum Milan klik sini.