Temui XM di The Forex Day Madrid

Disiarkn di 24/05/2018 06:00 GMT

Kami berbesar hati untuk memaklumkan rakan niaga dan introducer of business kami bahawa XM akan hadir ke pameran kewangan The Forex Day di Madrid, Sepanyol pada 23hb Jun 2018.

The Forex Day yang merupakan salah satu pameran kewangan yang terkenal di Eropah akan diadakan di pusat acara LASEDE, Madrid dan XM akan mempamerkan produk serta perkhidmatan korporatnya kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Sejak enam tahun pelaksanaannya, The Forex Day diadakan untuk memberi platform yang sesuai kepada peserta pameran dan individu yang hadir untuk mendapatkan maklumat terkini dalam industri kewangan dan bertemu dengan wakil-wakil dari institusi kewangan dan perbankan secara langsung dalam acara ini.

Acara berprestij ini merupakan satu peluang yang sangat baik buat rakan niaga dan IB untuk memaklumkan kepada prospek mereka untuk bertemu dengan XM dan mendapatkan info tentang perkhidmatan korporat yang disediakan. Pelanggan-pelanggan sedia ada yang ingin bertemu dengan kami turut dialu-alukan untuk hadir ke acara ini.

Baca lagi tentang The Forex Day dan temui kami di gerai pameran rasmi XM bernombor F3+F4.