Temui XM di Pameran Perdagangan FPG MoneyExpo di Republik Czech

Disiarkn di 12/03/2019 12:59 GMT

Kami berbesar hati memaklumkan rakan niaga kami bahawa pada 12 April, XM akan mengambil bahagian dalam pameran perdagangan FPG MoneyExpo di Prague, Republik Czech.

Pada kesempatan acara yang akan datang, kami dengan hormatnya ingin menjemput rakan kongsi kami yang ingin berhubung semula dengan kami bersama-sama bakal pelanggan dan pelanggan mereka yang sedia ada untuk bertemu kami di pameran kewangan di mana XM akan mempamerkan perkhidmatan korporatnya kepada pengunjung acara.

Oleh kerana FPG MoneyExpo bukan sahaja menyediakan peluang yang baik kepada pembekal-pembekal perkhidmatan kewangan dan pelabur individu untuk membuat jaringan hubungan tetapi juga menyediakan program yang bermanfaat seperti bengkel dagangan, ceramah dan persidangan serta acara ini mungkin menjadi saluran yang tepat bagi pedagang atas talian untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai landskap kewangan hari ini.

Wakil syarikat kami yang akan berada di pameran tersebut berharap untuk bertemu dengan rakan-rakan kongsi kami dan pelanggan-pelanggan mereka di gerai XM di nombor 4 untuk berbincang lebih mendalam tentang keperluan pelaburan mereka dan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan mereka di XM.

Untuk maklumat lanjut mengenai FPG MoneyExpo, sila klik sini.