Temui XM di Pameran Perdagangan Invest di Stuttgart, Jerman

Disiarkn di 06/03/2019 08:47 GMT

Sukacitanya ingin kami maklumkan kepada rakan niaga kami dan para pelanggan mereka bahawa pada 5 dan 6 April, XM akan berada di Jerman sekali lagi untuk menghadiri acara berkaitan kewangan dan perbankan terbesar di Jerman iaitu Pameran Perdagangan Invest dan Kongres Kewangan dan Pelaburan.

Kami amat teruja diberikan penghormatan kerana berpeluang untuk bertemu lagi dengan rakan-rakan niaga dan para pelanggan kami di gerai rasmi XM bernombor 4E50, di mana wakil syarikat kami mengalu-alukan pengunjung yang hadir. Pada masa yang sama, kami akan mempamerkan produk terbaru kami kepada pengunjung yang hadir bersama-sama dengan pelbagai perkhidmatan yang direka khas untuk pedagang runcit atas talian dari Jerman.

Invest yang bakal akan diadakan di pusat ekspo dan pameran perdagangan Messepiazza 1, menawarkan bimbingan kepada semua yang mempunyai persamaan dan minat dalam dunia kewangan. Selain itu, ia juga merupakan peluang yang baik untuk semua orang yang ingin berhubung semula dan mengenali XM untuk bersemuka dengan kami di sana.

Baca lagi tentang Invest dan temui kami di Stuttgart.