Temui XM di Investing Napoli di Itali

Disiarkn di 28/02/2019 09:59 GMT

Kami dengan sukacitanya memaklumkan kepada rakan niaga kami dan bakal pelanggan serta pelanggan sedia ada mereka bahawa pada bulan Mac ini XM akan kembali semula ke Itali untuk mengambil bahagian dalam pameran kewangan Investing Napoli di bandar Naples.

Sama seperti pameran perdagangan sebelum ini yang XM telah hadiri di Itali, di mana kami memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dan produk kepada pengunjung pameran menambah sesuatu yan bernilai terhadap kehadiran di sana, di Investing Napoli kami berharap untuk berhubung semula dengan pelanggan-pelanggan kami dan mengalu-alukan pelabur atas talian yang baru ke XM.

Investing Napoli menawarkan program yang bermanfaat kepada pengunjung pameran termasuk peluang untuk bertemu dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan kewangan dan mengembangkan pengetahun pelaburan mereka dengan bantuan daripada pakar dalam bidang kewangan. Selain itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang bertemu dengan wakil syarikat kami di gerai rasmi pameran XM di gerai nombor 12 untuk bertukar-tukar perkongsian atau idea pelaburan serta mendapatkan pemahaman yang lebih dekat tentang produk dan perkhidmatan terutamanya yang disesuaikan khusus untuk rakan niaga dan pelanggan dari Itali.

Baca lagi maklumat tentang ekspo yang akan datang dan temui kami di Naples pada 29 Mac.