Temui XM Dalam Ekspo ITForum di Rimini

Disiarkn di 14/05/2018 07:21 GMT

Pada 14 dan 15 Jun, XM akan mengambil bahagian sebagai salah satu syarikat perkhidmatan kewangan utama dalam pameran kewangan ITForum di Itali.

Untuk kali yang ketiga, XM akan berada di ekspo kewangan berprestij Itali yang bakal dilangsungkan pada bulan Jun akan datang. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan para pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang XM serta berjumpa dengan rakan niaga dan pelanggan-pelanggan mereka di acara ini nanti. Buat mereka yang akan hadir ke gerai pameran rasmi XM bernombor 19C, wakil syarikat kami bersedia untuk memberi penerangan tentang perkhidmatan korporat dan juga produk-produk yang telah kami sesuaikan khusus untuk memenuhi permintaan pelabur dari Itali.

Bakal diadakan di Palacongressi di Rimini, ITForum menyediakan banyak aktiviti untuk pedagang-pedagang runcit seperti persidangan untuk topik pelaburan dan dagangan, membina jaringan dengan pelabur-pelabur runcit yang hadir serta aktiviti yang paling penting iaitu mengenali syarikat-syarikat kewangan yang hadir sebagai peserta pameran dengan lebih dekat. Kami menganggap pertukaran idea secara terus dengan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang syarikat adalah satu aktiviti yang sangat penting. Oleh itu, kami menanti kehadiran rakan niaga dan pelanggan-pelanggan mereka ke gerai pameran XM untuk membincangkan tentang keperluan pelaburan mereka disamping memperkenalkan perkhidmatan kami kepada prospek yang hadir.

Baca lagi tentang acara akan datang ini dan temui kami di Rimini pada 14 dan 15 Jun nanti.