Temui XM di Salon de l’Analyse Technique di Paris April ini

Disiarkn di 05/03/2019 10:29 GMT

Pada 5 April, XM akan menyertai salah satu pameran kewangan tersibuk di Eropah iaitu, Salon de l’Analyse Technique yang dianjurkan setiap tahun untuk mempertemukan para peserta pameran dan para pengunjung individu dalam siri acara satu hari.

XM akan dikelilingi oleh pembekal-pembekal perkhidmatan kewangan terbesar untuk mempamerkan sepenuhnya produk mereka dan bertemu secara empat mata dengan pedagang runcit atas talian. Pada majlis yang akan datang, kami berharap untuk bertemu dengan rakan-rakan niaga kami dan para pelanggan mereka untuk membincangkan keperluan perniagaan mereka dan mencari kebolehlaksanaan penyelesaian yang memenuhi matlamat pelaburan mereka.

Oleh kerana Salon de l’Analyse Technique menyediakan asas yang sama untuk pelabur individu dan syarikat kewangan atas talian untuk rangkaian secara langsung, semasa acara satu hari ini semua pengunjung yang hadir akan berpeluang untuk meneroka pelbagai produk yang ditawarkan XM kepada semua yang masih baru dengan XM. Untuk sebarang pertanyaan dan pandangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh XM kepada pedagang baru dan berpengalaman, wakil syarikat kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke gerai pameran XM di nombor C2.

Supaya anda dapat turut serta bersama XM dalam pertemuan empat mata mengenali lebih lanjut mengenai kami di Paris pada 5 April 2019, klik sini untuk membaca lebih lanjut bagaimana cara menghadiri Salon de l’Analyse Technique.