Temui XM di Invest Cuffs 2019 di Poland

Disiarkn di 21/02/2019 12:45 GMT

Pada 22-23 Mac 2019, XM akan menghadiri salah satu pameran kewangan terbesar di Eropah Tengah dan Eropah Timur iaitu, Invest Cuffs 2019 yang dianjurkan di Krakow, Poland.

Acara selama dua hari ini bertempat di ICE Krakow Congress Centre, membuka pintu kepada sejumlah peserta pameran seperti syarikat pelaburan dan perkhidmatan kewangan atau institusi perbankan dan akan menawarkan program yang bermanfaat kepada para pengunjung yang berminat dalam perubahan terkini sektor kewangan.

Wakil syarikat XM yang hadir ke acara tersebut berharap untuk bertemu dengan rakan-rakan niaga kami dan pelanggan secara empat mata di gerai pameran rasmi XM nombor 19 untuk membincangkan keperluan pelaburan mereka dan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan mereka di XM.

Bawa bersama pelanggan sedia ada dan baru anda serta temui kami di Invest Cuffs 2019 di Krakow untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan kami termasuk yang dibina khas untuk pelanggan kami dari Poland.

Bacaan lebih lanjut tentang Invest Cuffs 2019 di sini.