Lebih Banyak Seminar Forex di Filipina Tidak Lama Lagi

Disiarkn di 22/05/2019 09:36 GMT

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan rakan niaga dan pencadang perniagaan kami bahawa siri seminar dagangan forex yang dimulakan oleh XM pada awal tahun ini akan terus menuju ke lebih banyak lokasi di seluruh Filipina, dua destinasi seterusnya adalah Manila pada 13 Julai dan Cagayan de Oro pada 27 Julai.

Anda dipersilakan untuk menjemput bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada anda untuk menyertai seminar kami yang akan disampaikan oleh instruktor forex Jonathan Lou Reyes yang akan menerangkan butiran berkaitan dengan penggunaan indikator Moving Average Ribbon dalam dagangan forex.

Dengan bantuan contoh-contoh praktikal, peserta seminar kami akan berpeluang untuk mempelajari cara mengira Moving Average Ribbon, bagaimana mentafsir isyaratnya dan bagaimana cara menggunakannya untuk melihat secara mendalam terhadap trend pasaran dalam jangka masa panjang, sederhana dan pendek. Selain itu, teknik pengurusan risiko yang cekap juga akan ditunjukkan untuk membantu pedagang menggabungkan pengurusan wang ke dalam aktiviti pelaburan harian mereka.

Sila baca lebih lanjut mengenai seminar yang akan datang di Manila dan Cagayan de Oro di sini.