Seminar Forex Terbaru Bakal Diadakan di Thailand

Disiarkn di 24/04/2018 11:57 GMT

XM akan kembali ke Thailand dengan seminar terbaru bertajuk The Avramis Trend Reversals and Breakouts, dan kami amat berbesar hati untuk menjemput rakan niaga kami berama-sama pelanggan mereka untuk hadir ke acara ini.

Bakal diadakan di Bangkok pada 16 Jun dan Chiang Mai pada 30 Jun, seminar ini bertujuan untuk memberikan ilmu yang berguna bagaimana untuk mentafsir trend carta dengan betul selain memberikan pemahaman yang lebih mendalam untuk cara menganalisis sentimen pasaran.

Disebabkan pertukaran trend dan breakout amat penting untuk difahami, seminar ini akan memberi fokus kepada analisis harga dan penggunaan dua alat analisis teknikal yang berkesan iaitu Avramis Swing Indicator dan Avramis Risk Management Indicator.

Konsep trend dan tempoh trend akan dijelaskan bersama-sama dengan kitaran penting yang perlu dilihat ketika melakukan analisis pasaran. Contoh secara langsung juga akan ditunjukkan untuk membantu peserta memahami penggunaan teknik dan indikator yang ditunjukkan ketika seminar.

Seminar ini amat sesuai buat mereka yang ingin belajar cara yang betul untuk menilai trend pasaran dan menentukan waktu yang sesuai untuk masuk dan keluar dari pasaran dengan menggunakan pembahagian risiko yang betul.

Baca lagi tentang seminar akan datang ini dan belajar bersama XM di Bangkok atau Chiang Mai pada musim panas nanti.