Siri Seminar Forex Baru Bermula di Thailand pada Tahun 2019

Disiarkn di 03/01/2019 13:22 GMT

Rakan niaga dan IB yang kami hargai mungkin gembira untuk mengetahui bahawa tahun 2019 akan menjadi satu lagi tahun yang didedikasikan untuk seminar forex di seluruh Thailand dan destinasi pertama adalah Bangkok dan Chiang Mai pada bulan Februari.

Pengajar Thai, Sompop Jittrakul bersama wakil syarikat XM berharap untuk bertemu dengan peserta seminar di Bangkok pada 2 Februari dan kemudiannya di Chiang Mai pada 16 Februari. Topik yang akan dikupas oleh Sompop Jittrakul menjanjikan rakan niaga kami dan pelanggan-pelanggan mereka yang ingin memahirkan pemahaman yang lebih baik tentang mengapa pertukaran trend dan breakout trend penting bagi pelabur atas talian dan apa strategi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti trend yang berkualiti apabila berdagang dalam forex atau aset kewangan yang lain.

Pelanggan baru dan sedia ada XM yang memberikan penghormatan kepada kami dengan kehadiran mereka di salah satu lokasi acara bukan sahaja menerima maklumat terperinci mengenai beberapa teknik dagangan swing malah juga akan berpeluang untuk melihat dua alatan dagangan popular daripada Tradepedia (Indikator Lanjutan Avramis Swing dan Indikator Pengurusan Risiko Avramis).

Klik sini untuk membaca lebih lanjut dan bertemu XM di Bangkok atau Chiang Mai.