Destinasi Seminar XM Seterusnya: Phitsanulok dan Hat Yai

Disiarkn di 17/05/2018 11:10 GMT

Siri seminar dagangan forex terbaru XM yang diadakan di Thailand akan singgah ke dua lagi lokasi iaitu Phitsanulok dan Hat Yai tidak lama lagi.

Rakan niaga dan introducer of business boleh mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pelanggan dan prospek mereka tentang penganjuran seminar mengenai topik teknik-teknik dagangan swing yang akan disampaikan oleh Sompop Jittrakul di Phitsanulok pada 7hb Julai dan Hat Yai pada 21hb Julai.

Semua peserta yang hadir ke acara ini dapat mempelajari banyak maklumat penting berkaitan teori dan penggunaan analisis teknikal secara praktikal. Seminar ini juga akan mengetengahkan dua alat dagangan popular yang dibangunkan oleh Tradepedia iaitu Avramis Swing Indicator dan Avramis Risk Management Indicator.

Mereka yang hadir juga bakal mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam bagaimana analisis teknikal berfungsi kerana penggunaan secara praktikal yang ditunjukkan oleh Sompop Jittrakul di dalam seminar adalah berdasarkan dari contoh-contoh pasaran yang sebenar.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut serta mendaftar untuk seminar ini, sila klik sini.