Alat Promosi

Kerlipan, Animasi, dan Sepanduk Statik

Melebihi 25 buah Bahasa X 11 Saiz

Kabinet Rakan Niaga dikemas kini secara berterusan dengan kerlipan, animasi gif, dan sepanduk statik melebihi 25 buah bahasa dan 11 saiz.

Semua sepanduk dihoskan pada pelayan kami untuk mengelakkan anda daripada membayar kos hosting tambahan. Apa yang anda perlu lakukan adalah salin dan tampal kod url alamat sepanduk tertentu yang dipilih, dan ia serta-merta akan muncul di lokasi yang anda ingin siarkan.

Sebagai tambahan kesemua kerlipan sepanduk kami mempunyai penjejak pautan dengan ID Rakan unik anda yang tertanam di dalamnya.

Penjejakan Pautan Tersuai

Buat pautan yang merujuk ke mana-mana halaman XM yang anda inginkan

Pautan tersuai membolehkan anda menyesuaikan pautan penjejak anda ke mana-mana halaman XM yang anda inginkan.

Tingkatkan keberkesanan kempen pengiklanan individu anda menggunakan sasaran iklan untuk mendapatkan trafik ke halaman yang relevan di laman web XM.

Kami menjadikannya mudah untuk anda bagi memaksimumkan prestasi anda.

Laman Web Siap Sedia & Halaman Anjung

Beli domain, muat naik HTML dan anda sudah bersedia untuk beroperasi

Adakah anda ingin menghantar individu ke laman web anda sendiri?

XM dapat membantu! Anda hanya perlu menghubungi pengurus akaun dan meminta laman web HTML tersedia dengan pautan anda terbina dalam. Selepas itu anda hanya perlu muat naik HTML tersebut ke laman web baru dan semuanya tersedia untuk anda.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, pasukan kami bersedia untuk membantu anda!

Lencana, Halaman Anjung Tersuai, dan Sepanduk Tersuai

Sekiranya anda mencari alat promosi tertentu yang tidak disenaraikan di atas, sila hubungi kami. Pengurus akaun bersedia untuk membincangkan kehendak, keperluan dan cadangan anda untuk menyediakan alat yang diperlukan demi memastikan model perniagaan anda dapat dilaksanakan di XM dengan cara yang paling cekap dan berkesan.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.