Akan Datang di Kuala Lumpur: Perbincangan Panel XM bersama Pakar Pasaran Kewangan

Disiarkn di 05/06/2019 08:48 GMT

Pada 27 Julai, sebuah acara terkemuka akan diadakan di Kuala Lumpur, di mana kami sangat berbesar hati mengalu-alukan pelanggan baru dan sedia ada kami yang berminat untuk menyertai perbincangan panel secara langsung oleh tiga pakar kewangan.

Pembicara utama acara ini tidak lain dan tidak bukan adalah para instruktor forex profesional dan pelabur atas talian yang berpengalaman iaitu Mohd Helmi Izani dan Zulle Razak, serta tetamu istimewa Peter McGuire, CEO XM Australia yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan.

Bawa bersama pelanggan-pelanggan anda untuk bertemu dengan pakar kewangan kami secara empat mata di Sheraton Imperial Hotel di Kuala Lumpur untuk pengalaman yang unik dan menerima maklumat penting mengenai landskap kewangan global hari ini dan peluang-peluang pelaburan yang ditawarkan kepada para pedagang runcit.

Diskusi panel yang diadakan secara percuma ini menawarkan banyak topik yang akan disampaikan termasuk analisis makroekonomi, analisis trend pasaran, panduan praktikal berkenaan alatan analisis teknikal dan fundamental yang digunakan apabila berdagang pelbagai instrumen kewangan serta pemantauan prestasi dan strategi pengurusan risiko.

Baca lagi mengenai acara yang akan datang dan temui kami di Kuala Lumpur.