Seminar XM Percuma yang Akan Datang di Colombia dan Chile

Disiarkn di 31/07/2019 11:29 GMT

Dua seminar forex XM percuma selanjutnya akan datang tidak lama lagi di Colombia dan Chile pada bulan September ini, di mana kami berbesar hati untuk bertemu dengan pelanggan dan rakan niaga kami secara peribadi.

Acara pertama akan berlangsung di Bogotá pada 14 September, diikuti dengan Santiago de Chile pada 28 September, di mana instruktor profesional XM Jarek Duque akan menerangkan dan menunjukkan penggunaan indikator analisis teknikal yang membantu pelabur atas talian menganalisis pasaran dan mengenal pasti peluang dalam dagangan.

Semasa di Bogotá, tetamu acara kami akan berpeluang untuk melihat penggunaan dua indikator teknikal khusus iaitu Average Directional Index dan Parabolic SAR, manakala di Santiago de Chile Jarek Duque akan memberikan maklumat berharga mengenai indikator Avramis River. Di setiap lokasi, penyampaian seminar akan memberi tumpuan utama kepada aspek praktikal dalam dagangan dengan menunjukkan contoh-contoh seperti bagaimana indikator teknikal dapat meningkatkan strategi dagangan individu.

Untuk maklumat lanjut mengenai setiap seminar, sila klik sini.