XM Memulakan Siri Seminar Forex 2019 di Filipina

Disiarkn di 13/12/2018 10:29 GMT

Tahun 2019 merupakan yang terbesar untuk XM menyediakan pendidikan forex profesional kepada pelabur atas talian di Filipina setakat ini. Tahun baru yang akan bermula dengan siri seminar intensif di empat lokasi berbeza akan diikuti dengan lebih banyak tempat lagi sepanjang tahun ini.

Kami dengan sukacitanya menjemput rakan niaga kami dan pelanggan-pelanggan mereka sama ada yang masih baru atau yang berpengalaman untuk menyertai siri seminar kami yang bertajuk Teknik-Teknik Dagangan Forex Avramis Swing yang akan tiba di Manila pada 23 Februari, diikuti dengan Cagayan de Oro, Cebu dan Baguio sepanjang musim bunga.

Bagi semua yang merasakan komited untuk meningkatkan pengetahuan dagangan mereka dengan pendidikan yang profesional bagi mencapai tahap yang lebih baik dalam amalan pelaburan atas talian, pengajar Jonathan Lou Reyes akan menunjukkan penggunaan set alatan analisis teknikal dalam dagangan swing. Bersama-sama dengan alatan Fibonacci dan indikator Avramis yang direka khas oleh akademi dagangan Tradepedia, strategi pengurusan risiko yang sangat efisyen juga akan diterangkan secara terperinci di mana akan membantu pedagang memotong kerugian dengan lebih kesedaran dan mendapatkan hasil yang lebih baik..

Klik sini untuk maklumat lanjut, bawa bersama pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada anda serta bertemu kami secara langsung di lokasi seminar pada tarikh yang sesuai.