Seminar Dagangan Forex dan CFD di Kuala Lumpur

Disiarkn di 02/08/2018 08:42 GMT

Kami ingin memaklumkan rakan niaga dan pelanggan-pelanggan mereka bahawa XM akan kembali ke Kuala Lumpur tidak lama lagi untuk meneruskan siri pendidikan berkualiti tinggi khas untuk pedagang yang ingin memperbaiki kemahiran dagangan mereka.

XM akan menjalankan seminar dagangan forex dan CFD di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel pada 22 September 2018 di mana wakil syarikat kami menanti kehadiran pelabur baru dan berpengalaman yang ingin belajar tentang maklumat-maklumat berguna berkaitan teknik-teknik dagangan swing.

Instruktor dagangan Avramis Despotis, yang terkenal di kalangan pedagang di Malaysia dari pelbagai seminar yang telah dijalankan setakat ini akan menyampaikan seminar mengenai teknik-teknik dagangan swing kepada para peserta.

Mereka yang bakal hadir ke acara ini berpeluang untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang komponen-komponen penting dalam pelaburan online seperti forex dan lain-lain instrumen yang didagangkan dalam bentuk CFD selain membentuk pendekatan yang lebih baik untuk penggunaan teknik-teknik analisis teknikal.

Untuk membaca lebih lanjut dan melakukan pendaftaran awal, sila klik sini.