Jelajah Seminar Forex XM 2019 akan Bermula di Malaysia

Disiarkn di 16/01/2019 14:37 GMT

Sukacitanya dimaklumkan bahawa jelajah terbaru seminar dagangan forex XM di Malaysia pada tahun 2019, yang akan berada di beberapa lokasi bagi menawarkan pendidikan forex percuma kepada pedagang dan pengalaman pembelajaran yang merangkumi topik strategi dagangan swing.

Tiga lokasi pertama dalam jelajah seminar (Pulai Pinang, Melaka, Kedah) akan diikuti oleh beberapa bandar lain yang akan disampaikan oleh pengajar forex dan pembahas yang pakar iaitu Mohd Helmi Izani akan menunjukkan peserta seminar kepada pengetahuan praktikal mengenai penggunaan analisis teknikal dalam dagangan swing.

Bagi rakan-rakan niaga kami, ini mungkin menjadi peluang terbaik untuk menjemput pelanggan XM baru dan sedia ada mereka untuk menghadiri seminar di bandar dan tarikh pilihan mereka untuk mendapatkan garis panduan profesional tentang cara dagangan yang memberikan hasil yang lebih baik.

Semua yang menyertai seminar ini di mana-mana jelajah lokasi akan dapat mencerna maklumat praktikal mengenai pasaran forex secara amnya bersama-sama dengan penggunaan alatan analisis teknikal secara khusus dan mempelajari bagaimana untuk menggunakan indikator dagangan swing Avramis yang dibangunkan oleh Tradepedia yang akan membantu mereka menilai kekuatan trend, merancang titik entri-keluar dan mengurus risiko menggunakan pesanan keuntungan dan kerugian.

Kami berharap untuk bertemu dengan rakan-rakan niaga kami dan pelanggan yang ingin mengumpul ilmu dagangan yang penting. Sila klik sini untuk maklumat lanjut mengenai topik seminar, tempat dan mendaftar.