XM Akan Menganjurkan Seminar Dagangan Forex di Mesir

Disiarkn di 08/08/2018 14:19 GMT

Kami ingin memaklumkan bahawa XM akan menganjurkan seminar dagangan forex percuma di Kaherah, Mesir pada 20 Oktober dan kami menjemput rakan niaga bersama pelanggan-pelanggan mereka untuk hadir ke acara pendidikan yang bakal memberikan banyak maklumat berguna kepada pedagang baru dan juga berpengalaman.

Habib Akiki, Ahli Strategi Pasaran Kanan Tradepedia LLC yang terkenal di dunia kewangan Arab akan menyampaikan satu seminar yang bertajuk The Avramis River and the Reversal Patterns dan membawakan maklumat tentang beberapa teknik analisis teknikal kepada para peserta.

Selain daripada teori, peserta juga berpeluang untuk belajar cara membentuk kemahiran dagangan yang praktikal di mana Habib Akiki akan menunjukkan demonstrasi dengan menggunakan contoh-contoh pasaran sebenar.

Buat rakan niaga dan pelanggan-pelanggan mereka yang ingin hadir, seminar ini menawarkan maklumat berguna tentang penggunaan indikator mengikut trend, dagangan candlestick dan Indikator Avramis River yang direka khas untuk membantu pedagang mengenalpasti instrumen yang sedang berada dalam trend yang kukuh.

Kami tidak sabar untuk bertemu dengan peserta yang akan hadir ke Ramses Hilton Hotel, Kaherah pada 20 Oktober yang akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang seminar, sila klik sini.