XM Menjemput Pedagang Ke Seminar Eksklusif di Bangkok

Disiarkn di 17/07/2018 07:20 GMT

Kami menjemput rakan niaga, introducer of business dan pelanggan-pelanggan mereka untuk menghadiri seminar dagangan percuma XM yang akan diadakan di ibu negeri Thai, Bangkok pada 15hb September yang akan datang.

Bakal diadakan di Swissotel Le Concorde Bangkok, seminar ini terdiri daripada dua sesi yang akan disampaikan oleh instruktor profesional Thai iaitu Kriengkrai Jermpatjanya dan Feungtot Pativetwanakit, di mana mereka akan menjelaskan tentang penggunaan strategi breakout dan strategi dagangan jangka pendek kepada peserta yang hadir.

Seminar ini memberikan banyak input buat mereka yang ingin menggunakan teknik-teknik yang berguna dalam strategi dagangan harian mereka. Selain daripada tinjauan tentang pasaran global dan analisis teknikal dan fundamental, peserta juga berpeluang untuk melihat bagaimana teknik-teknik yang dijelaskan oleh Kriengkrai Jermpatjanya dan Feungtot Pativetwanakit digunakan dalam pasaran sebenar. Seperti biasa, sebahagian masa akan diperuntukkan untuk pengurusan risiko dan kepentingan menentukan matlamat pelaburan yang realistik untuk instrumen yang didagangkan.

Baca lebih lanjut tentang seminar akan datang di Bangkok dan tempah tempat duduk anda segera dengan klik sini.