Akan Datang: Seminar Dagangan Forex Terbaru XM di Afrika Utara

Disiarkn di 17/09/2019 09:19 GMT

Kami berbesar hati untuk menjemput rakan niaga kami dan pelanggan baru dan sedia ada mereka yang dihormati untuk ke seminar forex XM percuma yang kali ini akan diadakan di lokasi terbaru di Afrika Utara iaitu Tunisia.

Akan diadakan di Hotel Golden Tulip El Mechtel di Tunis pada 26 Oktober dan akan disampaikan oleh Instruktor Analisis Teknikal Tradepedia LLC Nizar Chaibi, seminar ini ditawarkan secara percuma kepada pelanggan XM yang berhasrat untuk memperoleh pengetahuan tentang bagaimana analisis teknikal dapat digunakan dengan kecekapan yang lebih tinggi apabila melabur dalam mata wang atau instrumen kewangan lain.

Tetamu acara kami akan berpeluang untuk memperoleh maklumat praktikal tentang indikator yang mengikuti arah aliran dan corak pertukaran candlestick yang membantu mereka untuk menilai data pasaran dengan lebih tepat dan membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dengan risiko yang lebih rendah.

Oleh kerana seminar ini menekankan aspek praktikal dagangan atas talian, peserta seminar kami bukan sahaja dapat mengumpulkan maklumat yang relevan tentang peranan utama analisis teknikal dalam forex tetapi juga dapat menerima garis panduan yang jelas bagaimana untuk menggabungkannya ke dalam strategi dagangan masing-masing sejajar dengan matlamat dagangan mereka.

Untuk menghadiri seminar di Tunis, mempelajari lebih lanjut mengenai teknik dagangan dan bertemu dengan XM secara peribadi, klik sini.