XM Menganjurkan Siri Seminar Forex di Amerika Latin

Disiarkn di 30/08/2018 08:39 GMT

Sukacita dimaklumkan bahawa XM akan membawakan pendidikan forex percuma kepada pedagang di Amerika Latin yang berhajat untuk meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka melalui bimbingan profesional. Seminar ini akan dijalankan di antara 20 Oktober dan 10 November bertempat di Costa Rica, Colombia, Argentina dan Chile.

Seminar bertajuk Avramis Swing Trading Techniques akan disampaikan oleh instruktor forex Jarek Duque di San José, Cali, Buenos Aires dan Santiago di mana wakil rasmi dari XM akan hadir untuk menyambut kehadiran peserta-peserta seminar.

Untuk acara akan datang ini, kami ingin menjemput rakan niaga dan introducer of business untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka agar mereka tidak terlepas peluang untuk menghadiri seminar percuma yang padat dengan maklumat berguna untuk dagangan online yang berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar percuma ini, sila klik sini.