XM Kembali ke Itali untuk Menghadiri Investing Roma

Disiarkn di 03/09/2019 08:22 GMT

Pada 4 Oktober, XM kembali ke ibu negara Itali untuk menghadiri pameran kewangan Investing Roma, di mana kakitangan syarikat kami sangat berbesar hati untuk bertemu dengan rakan niaga Itali kami dan para pelanggan baru dan sedia ada mereka.

Bertempat di premis Centro Congressi Roma, Piazza della Pilotta 4, Investing Roma bertujuan untuk mengumpulkan pembekal perkhidmatan kewangan dengan pengunjung acara dan menyediakan program yang bermanfaat dengan topik yang berkaitan dengan pelaburan kepada semua yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini dunia kewangan global.

Acara akan datang merupakan perluang terbaik untuk rakan niaga kami dari Itali untuk membawa bersama pelanggan-pelanggan mereka yang berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami dan melabur dengan XM. Wakil syarikat kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke gerai rasmi XM bernombor 5 untuk memberikan mereka pemahaman mengenai pelbagai perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan.

Untuk butiran lanjut mengenai acara ini, sila klik sini.