Seminar XM Akan Dijalankan di Kedah

Disiarkn di 19/06/2018 08:32 GMT

Kami ingin memaklumkan kepada IB, rakan niaga serta pelanggan-pelanggan mereka bahawa siri kedua jelajah seminar XM yang telah dimulakan baru-baru ini akan menuju ke Kedah pada 18hb Ogos nanti.

Wakil syarikat serta instruktor seminar, Zulle Razak akan menyambut kehadiran para peserta dengan topik seminar yang menarik iaitu penggunaan strategi dagangan untuk berdagang forex dan juga instrumen-instrumen kewangan yang lain.

Seminar ini bertujuan untuk memberikan panduan berguna bagaimana untuk membina strategi dagangan sistematik yang sesuai dengan kemahiran dagangan, pengalaman, gaya dagangan dan tahap pengurusan risiko individu. Ia menyediakan banyak maklumat penting khusus buat mereka yang mencari bimbingan profesional untuk meningkatkan lagi kemahiran dagangan mereka.

Instruktor Zulle Razak akan memberi penekanan kepada kepentingan memahami asas-asas dagangan, menetapkan matlamat dagangan yang realistik, mengetahui alat analisis teknikal yang berbeza dan mengikuti pelan dagangan dengan penuh berdisiplin.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang seminar yang akan dijalankan di Kedah nanti.