Siri Seminar Forex Perdana XM Tiba di Afrika

Disiarkn di 13/08/2019 13:27 GMT

Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa tidak lama lagi XM akan menganjurkan siri seminar forex besar-besaran di Afrika, di mana kakitangan syarikat kami yang berdedikasi akan menanti untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami ke seminar dagangan forex yang akan diadakan di enam buah negara.

Menjangkau pelabur atas talian di enam buah negara (Mozambique, Uganda, Kenya, Tanzania, Ghana, Ivory Coast), jelajah seminar ini akan bermula antara 21 September dan 9 November.

Bagi pedagang individu, sama ada yang masih baru dalam dagangan mata wang atau yang berpengalaman dalam bidang ini, seminar kami menawarkan panduan lengkap bagi menyediakan analisis teknikal untuk digunakan dengan baik apabila menilai kekuatan trend dan kualiti trend pasaran, menentukan bila untuk melabur dan instrumen kewangan yang mana serta menentukan bila untuk memasuki atau keluar dari pasaran dengan pendedahan risiko yang minimum. Siri acara yang akan datang boleh menjadi peluang keemasan kepada rakan niaga affiliate dan pencadang perniagaan kami untuk menjemput pelanggan mereka yang dihormati untuk menyertai acara pendidikan yang hampir dengan kawasan mereka.

Untuk bertemu dengan pihak XM secara peribadi dan menghadiri seminar di bandar dan negara pilihan anda dengan pendaftaran secara percuma, sila klik sini.