XM Akan ke Paris untuk Menghadiri Salon du Trading

Disiarkn di 12/08/2019 08:35 GMT

Pada 13 September, XM kembali ke Paris untuk mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa Salon du Trading edisi ke-14 di mana kakitangan syarikat kami berbesar hati untuk bertemu dengan rakan niaga tempatan kami dan pelanggan-pelanggan mereka.

Salon du Trading menawarkan program yang bermanfaat kepada pengunjung acara bersama-sama dengan peluang untuk meluaskan rangkaian dengan pelabur atas talian yang sehaluan dan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai pembekal perkhidmatan kewangan.

Bagi rakan niaga Perancis kami, acara yang akan datang mungkin menjadi medan terbaik untuk bertemu dengan XM secara empat mata di Salon du Trading dan membawa bersama bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada mereka yang berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut dan melabur bersama XM. Wakil syarikat kami amat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke gerai rasmi XM bernombor D6 di premis Espace Champerret untuk memberikan pemahaman terhadap pelbagai perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada pelanggan dari Perancis.

Untuk butiran lebih lanjut mengenai acara ini dan bertemu dengan XM di Paris pada 13 September, sila klik sini.