XM Akan Ikut Serta dalam ITForum ekspo di Milan

Disiarkn di 29/10/2018 09:21 GMT

Kami berbesar hati untuk memaklumkan kepada rakan niaga kami, IB dan pelanggan-pelanggan mereka yang dihargai bahawa XM akan kembali ke Itali pada 27-28 November untuk menghadiri ITForum di Milan, Italy.

Pada kesempatan ekspo pelaburan dan perdagangan yang akan datang, kami ingin menjemput rakan-rakan niaga kami bersama-sama dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan mereka untuk bertemu dengan wakil syarikat kami secara peribadi di gerai pameran bernombor 39-40 dan membincangkan mengenai keperluan pelaburan yang dapat mengukuhkan lagi hubungan perniagaan mereka dengan XM.

Oleh kerana pameran kewangan terkemuka yang diadakan setiap tahun menawarkan peluang yang membina kepada syarikat-syarikat kewangan dan perbankan untuk mempamerkan perkhidmatan mereka dan melibatkan diri komunikasi secara bersemuka dengan pelawat-pelawat di acara tersebut, kami berharap untuk menjadi antara peserta pameran dan menjangkau pelabur-pelabur runcit Itali yang berminat dengan XM.

Baca lagi tentang ITForum dan temui kami pada siri acara dua hari di Milan.