XM Akan Hadir ke Filipina Dengan Seminar Analisis Teknikal

Disiarkn di 28/06/2018 08:07 GMT

Kami ingin menjemput rakan niaga serta pelanggan dan prospek mereka ke seminar XM yang akan diadakan di Manila, Filipina pada 25 Ogos yang akan datang.

Seminar dagangan forex akan datang ini direka untuk memenuhi kehendak pedagang baru dan berpengalaman dan akan disampaikan oleh instruktor Jonathan Lou Reyes untuk topik mengenai Indikator Avramis River dan penggunaan Japanese candlestick.

Seminar ini akan memberi fokus kepada aspek praktikal yang akan dijelaskan oleh Jonathan Lou Reyes di mana para peserta berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana paras sokongan dan rintangan berfungsi, cara menganalisis corak pertukaran trend pada carta dan bagaimana Japanese candlestick menunjukkan pergerakan harga pada instrumen kewangan yang berbeza.

Selain itu, penggunaan indikator istimewa yang dibangunkan oleh Tradepedia, Indikator Avramis River, akan ditunjukkan dan ia sangat berguna dalam mengenal pasti arah pergerakan instrumen sama ada ia sedang berada dalam pergerakan trend yang kukuh atau pun sedang berada dalam keadaan yang mendatar.

Baca lagi tentang seminar dan hadir ke acara percuma ini untuk menambah lagi ilmu dagangan anda.